Sunday, 25 December 2016

kampung

Bulan depan bercadang untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu.

Ada dua perasaan. berharap dan menunggu

Ada amanah yang perlu dilaksana

Ummi cakap pergi melawat tok

Tok rindu nak jumpa cucu dia

Tiada apa yang mampu ku ungkap

Sudah lama tak menjenguk kampung

Dulu aku suka balik ke kampung belah ummi sebab ada ramai saudara mara

Arwah abah anak tunggal

Beliau cuma ada adik angkat yang ku panggil makteh

Anak-anak makteh yang menjadi sepupu aku di sana

Jarang berjumpa dengan mereka

Bila balik ke sana dahulu, aku tak tahu nak buat apa

Zaman kecil zaman belum boleh berfikir

Ada tujuan kita ziarah ke kampung.

Tok hanya tinggal seorang

Setelah arwah tok ki meninggal dunia

Pada waktu malam, tok akan pergi tidur di rumah mak teh

Pada saat ini. aku mula memahami

Erti rindu dan sunyi.

Maafkan cucumu

Tuesday, 8 November 2016

diet

Diet

dalam lif tadi aku berjumpa dekan

Dr. Jo, kelihatan beliau sangat kurus

Terkejut aku melihatnya

Satu perubahan besar untuk dirinya

Dr. Jo dah turun sebanyak 23kg

Katanya beliau berhenti ambil karbohidrat

Beliau cakap dua minggu pertama memang hardcore

Tangan menggigil tak cukup tenaga

Selepas itu badan mula adapt

Boleh terima tak makan nasi

Semua jeni karbo beliau tolak

Nasi ,pasta, roti semua beliau tak ambil

Bagi beliau kurus lambang kemenangan

Bagi aku kurus beliau lambang kegigihan

Kegigihan untuk bertahan dan terus bertahan

Sehingga kini, hampir satu tahun beliau tidak makan nasi

Beliau hanya makan sayur dan makanan nutrisi yang lain

Katanya segenggam nasi ada 250 kalori

Perlukan senaman selama 30 minit untuk bakar kalori itu

Belum termasuk lauk lagi

Untuk bakar kalori lauk tengah hari

Perlu senaman selama 4 jam

Aku kagum

Aku patut mencontohi beliau

Kegigihan beliau

Azam aku tolak minuman manis

Itu dulu setakat ini

Thursday, 3 November 2016

trend

How people make trend

By making things seen common to people

Even at first it looks awkward and weird

Some of stupid idea and not make sense 

Acceptable if they are repeated many times

This phenomenal called as illusory truth effect

Even if you wear something weird

The people will accept it as trend when it is common

And people start to follow it

Like those at my time when i was in secondary school

Rambut tempurung kelapa was quite a weird things

but today, people shave their side of hair and let the hair grown at the centre of head

because of trend

Trend change people sight

Wednesday, 2 November 2016

nasi kerabu

Pertamanya sekalung ucapan tahniah kepada Atiqa

Bakal menempuhi alam pekerjaan

Real life experience

As a friend, really proud of you.

New life for her, new environment for her

Aku yang masih jauh ketinggalan dan leka dengan kelalaian

Hanya mampu melihat mereka jauh ke depan

Transisi waktu yang berbeza namun bagiku bukanlah suatu alasan

Aku gembira mendengar khabar gembira darimu

Semoga kamu maju jaya di masa depan

InsyaAllah.




Nasi kerabu yang ku makan sungguh bahaya bagiku

terlalu banyak pewarna diguna

Sehingga biru lidahku melekat dengan warnanya

Kerja dan kerja

Isnin depan ada dua assignment perlu dihantar

Isnin juga terdapat mid-term exam

Harapnya ku masih punya masa

Aku juga masih belum melihat tugasan dari naqib

Memerlukan pembacaan dan pembentagan pada malam ini

Namun sungguh aku tidak merasa sebeban seperti waktu latihan industri

Bila tiada kerja terasa lapang dan bosan

Bila ada kerja terasa mahu balik univerisiti

Tapi bukanlah pelajar jika tidak letih

Adat belajar itu meletihkan


Hari baru

Setiap hari adalah hari baru

Hari baru untuk kamu dan aku

Hari untuk digunakan

Adakah harimu digunakan sebaiknya

Atau hanya berlalu begitu sahaja

Hari yang lalu takkan kembali lagi

Hanya yang mengerti memahaminya

Hidupkan harimu 

Luaskan mindamu

Luaskan pengalamanmu

Mempelajari sesuatu yang baru

Mencuba kelainan yang ada

Ilmu kita ketahui hanya secelup jarum

Di dalam lautan terbentang luas

Pintalah kepada Tuhanmu

Akan diberikan rezeki ilmu pengetahuan

Kerana ilmu penyuluh minda

Tuesday, 1 November 2016

kehidupan

Masa yang terasa singkat

Terlalu banyak ingin aku kejar

Semoga diberi kecukupan masa

Untuk menempuh segala kekosongan

Hidup ini tidak lain tidak bukan

Hanya sementara

Moga masa yang ada aku dapat manfaatkan


Friday, 28 October 2016

tomyam

Semalam percubaan aku buat tomyam

Seperti biasa, akus suka bereksperimen

Aku suka mencuba sesuatu yang baru

Aku suka memberi rasa yang unik

Kali ini tomyam aku cuba letak susu pekat

Caraku untuk masak sesuatu yang baru

Caranya sama macam buat FYP

Kalau buat FYP, kena baca 40++ journal

Dan buat summary based on semua journal yang dibaca

Kalau masak pulak

Aku cari sekurangnya sepuluh resipi

Dan aku cari persamaan dalam resipi itu

Memasak bagiku sesuatu yang unik

Memasak seronok tapi nak mengemas tu seksa

Part paling seronok adalah bila orang makan habis apa yang kita masak

Kita rasa puas, alhamdulillah.

Moga aku dapat terus semangat untuk memberi

Erti hidup pada memberi