Diet
dalam lif tadi aku berjumpa dekan
Dr. Jo, kelihatan beliau sangat kurus
Terkejut aku melihatnya
Satu perubahan besar untuk dirinya
Dr. Jo dah turun sebanyak 23kg
Katanya beliau berhenti ambil karbohidrat
Beliau cakap dua minggu pertama memang hardcore
Tangan menggigil tak cukup tenaga
Selepas itu badan mula adapt
Boleh terima tak makan nasi
Semua jeni karbo beliau tolak
Nasi ,pasta, roti semua beliau tak ambil
Bagi beliau kurus lambang kemenangan
Bagi aku kurus beliau lambang kegigihan
Kegigihan untuk bertahan dan terus bertahan
Sehingga kini, hampir satu tahun beliau tidak makan nasi
Beliau hanya makan sayur dan makanan nutrisi yang lain
Katanya segenggam nasi ada 250 kalori
Perlukan senaman selama 30 minit untuk bakar kalori itu
Belum termasuk lauk lagi
Untuk bakar kalori lauk tengah hari
Perlu senaman selama 4 jam
Aku kagum
Aku patut mencontohi beliau
Kegigihan beliau
Azam aku tolak minuman manis
Itu dulu setakat ini
No comments:
Post a Comment