Hari baru untuk kamu dan aku
Hari untuk digunakan
Adakah harimu digunakan sebaiknya
Atau hanya berlalu begitu sahaja
Hari yang lalu takkan kembali lagi
Hanya yang mengerti memahaminya
Hidupkan harimu
Luaskan mindamu
Luaskan pengalamanmu
Mempelajari sesuatu yang baru
Mencuba kelainan yang ada
Ilmu kita ketahui hanya secelup jarum
Di dalam lautan terbentang luas
Pintalah kepada Tuhanmu
Akan diberikan rezeki ilmu pengetahuan
Kerana ilmu penyuluh minda
No comments:
Post a Comment