Perjalanan masih belum selesai
Masih banyak belum dibaca
Alhamdulillah dapat bangun lagi pagi hari
Aku takut aku terlepas yang wajib
Kononnya untuk mengejar pelajaran
Aku menghantar whatsapp pada group aku
Mereka masih belum tidur walau jam sudah 3 pagi
Kepala masih berat
Aku mula tidur hampir pukul 4
Bangun pada 5.30
Sungguh kuat penangan kopi
Mengganti adenese dalam otak
Menghantar signal jangan mengantuk
Aku tk mengantuk
Cuma kepala terasa berat.
Teringat intern dahulu
Standby di Parlimen 24 jam
Proses migrasi ke data center baru
Masuk kerja 9 pagi, pulang rumah 10 pagi esoknya
Balik penat dan terasa kosong
Sampai di rumah pada 12
Tertidur hingga jam 6 petang
Adat bekerja perlu keras
Untuk belajar erti susah
Harap kuat tempuhi hari
Aku tak mahu ketinggalan
Perjuanganku masih belum selesai
No comments:
Post a Comment