Thursday, 20 October 2016

kongsi

Banyak perkongsian yang aku dapat semalam

Daripada tetamu tak diundang

Tapi membawa rahmat dan ilmu

Mengenai masa depan bidang IT

Sahabatku bukan dari bidang sains komputer

Namun minatnya mendalam menjadikan beliau hebat

Hebat dengan usaha

Bukan dengan bakat

Hidupnya didedikasi dalam Sains programming

Beliau menyatakan dalam masa dua tahun lagi

Kementerian Pelajaran akan melaksana subjek baru

Pelajar sekolah menengah

Subjek Programming

Kerajaan memerlukan guru-guru graduan sains komputer

Untuk melaksana program ini

Aku suka untuk berkosngsi

Namun aku masih sangsi

Pengalaman sebagai lab demonstrator menguatkan minat aku untuk berkongsi

Aku cuma sangsi dengan kerajaan

Sejauh mana seriusnya kerajaan dalam melaksanakan pembelajaran tersebut

Terlalu banyak plan dan impian, namun kebanyakannya hanya separuh jalan

Bukanlah aku orang yang layak untuk memberi pendapat

Namun sebagai seorang pelajar yang melalui zaman

Terlalu banyak perubahan silibus yang dilakukan oleh kerajaan

Aku merasakan ia hanya sia-sia

Namun aku masih mahu melihat perkembangan

Aku masih punya impian

Pendidikan sama taraf antara bandar dan luar bandar

Namun aku masih tak punya gerak kerja

Hanya memasang impian

Menjadi salah satu impian aku untuk merapatkan jurang

Bukan hanya budak bandar selayaknya mendapat peluang pendidikan yang baik

Menjadi cikgu kerja yang mulia

Adakah ini bakal jadi kerja warisan keluarga kami

Arwah aki dahulu menjadi guru besar

Wan menjadi cikgu bahasa inggeris

Ummi pula menjadi ustazah

Pakcik dan makcik aku ada 3 orang menjadi cikgu

Adakah aku akan menyambung kerjaya yang sama

Aku pernah bertanya pada ummi

Bolehkah aku menjadi cikgu

Ummi menjawab

Kalau abang ngah nak jadi cikgu

Awal-awal lagi abang ngah kena pilih dulu

Jadi cikgu yang lebih hebat

Cikgu kepada pelajar universiti

Namun aku masih juga berminat dengan industri

Industri yang mencabar

Industri yang memerlukan pandangan luas

Industri yang sering berubah

Industri menjadikan aku lebih berpengetahuan

Duduk dalam industri menjadikan kita kerdil

Terlalu banyak kita tak mengerti

Terlalu jauh kita ketinggalan

Cabaran buatku

Membuat sistem sendiri

Melaksana projek menjadi satu impian aku

Masa yang masih ada

Ku harap masih sempat

No comments:

Post a Comment