Siapa yang akan baca tulisan kita?
Entah.
Tulisan itu adalah buah kepada permikiran kita. orang menulis meluahkan hati dan perasaan. Kita meluahkan idea dan fahaman kita. Tidak penting untuk siapa yang membaca, tapi dengan tulisan itu semoga dapat menghidupkan jiwa.

Dua hari yang lalu, Aku pergi ke pengisian IKRAM di pejabat KOSAM (Kota Samarahan). Mungkin kita berbeda pendapat mengenai jemaah atau pegangan. Tapi perbezaan itu yang menjadikan agama bergerak maju seumpama wujudnya pembangkang dalam kerajaan. Pembangkang menjadi cermin kepada kerajaan. Kita punya matlamat yang satu, Islam sebagai ad-din.
Aku meraikan pendapat dan aku sangat kagum dengan usaha jemaah atau organisasi dalam menyemai syiar Islam di bumi Sarawak ini. Umpamanya, di masjid Desa Ilmu, ada pengisian daripada seorang ustaz ISMA yang menceritakan tentang perpaduan dalam kalangan masyarakat. Aku amat tertarik dengan pengisian yang diberikan. Biarpun berlainan fahaman, tetapi pegangan aqidah kita tetap sama, kita punya matlamat yang sama.
Tiada sebab untuk kita saling membenci. Kita juga tidak lari dari khilaf. ISMA turut membuka kaunter pemeriksaan kesihatan di luar masjid yang mana merupakan satu medium yang baik untuk mendekatkan Islam dengan masyarakat.

Berbalik kepada pengisian yang aku dengar di KOSAM,tajuk yang diolah adalah berbuat baik kepada ibubapa. semua isinya kita ketahui umum, apa perlaksanaan kita, apa tanggungjawab kita sebagai seorang anak. perkara yang paling menyentuh hatiku adalah amanah seorang anak terhadap ibubapanya yang telah meninggal dunia. Antara amalan itu adalah menghubungkan silatulrahim dengan sahabat dan saudara ibubapa kita.
Aku cuba mengingati kembali keluarga arwah abah. Arwah abah mempunyai sahabat handai dan saudara yang tinggal di Kuala Terengganu, sejak kehilangan arwah abah, kami sekeluarga jarang pergi ke Terengganu. Salah satu faktornya adalah waktu cuti kami berbeza.
Cuti semester jatuh pada hari bekereja manakala sewaktu cuti sekolah, kami sedang sibuk berada di univerisiti. kekangan ini membuatkan kami jarang balik ke Terengganu, Aku sendiri pun jarang berada di rumah, balik hanya dua kali setahun.

Setiap kali di Kuala Terengganu,cerita abah terngiang-ngiang dalam fikiranku.
Abah seorang anak lelaki dari keluarga yang susah.
Tok dan tok ki seorang petani dan penoreh getah. setiap pagi abah berjalan kaki 7 KM untuk pergi ke sekolah.
Kesusahan itu membuatkan abah belajar bersungguh-sungguh.
Sewaktu tingkatan 4, abah terpaksa meminta pertolongan orang kampung untuk menghantarnya ke KIK (Kolej Islam klang) untuk menyambung pelajaran. Tok dan tok ki tiada kereta bahkan tiada motosikal untuk pergi ke sana sini. Hanya basikal tua yang dikayuh ke sawah padi di pagi hari.
Semasa tamat belajar tingkatan 5, abah mendapat tawaran untuk belajar di luar negara. Sayangnya rezeki tidak menyebelahi beliau. keluarga abah tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan ke sana. Tok ki menjual tanahnya namun dengan pelbagai kekangan, Abah terpaksa melupakan hasrat untuk belajar di tempat orang.
Abah pergi merantau ke Kedah, belajar ilmu agama. Abah minat bahasa arab. Minatnya jelas kelihatan sewaktu aku bersamanya dalam kereta. sewaktu sesi "Hayya Bil Arobiya" di radio IKIM.fm, pen dan kertas sentiasa berada di tangannya untuk menyalin perkataan baru. Abah belajar mendalami perihal Islam dan Bahasa Arab sehingga keputusan SPM keluar.
Keputusan SPM melayakkan abah menyambung pengajian di Univerisiti Malaya. Di sinilah pertemuan pertama ummi dan abah sehingga ke jinjang pelamin. Banyak konflik berlaku namun itu yang menjadikan cerita semakin menarik.
Wow. kedengaran agak drama.
Cerita drama mungkin diceritakan di lain hari jika ada permintaan.
Aku berazam untuk mengikut jejak langkah abah namun tak kesampaian. bukan rezeki aku untuk kekal di laluan yang sama dengan abah.
Aku bermula dengan laluan sama di sekolah menengah. Abah dan aku bersekolah di sekolah yang sama di Kolej Islam. Aku merasai pengalaman yang mana abah pernah lalui dulu.
Aku juga sempat menjejak kaki seketika di Universiti Malaya, tempat ummi dan abah belajar (dan juga jodoh pertemuan).Ummi selalu menceritakan dulu kolej ni belom ada lagi, dulu prof ni pernah ajar ummi, dekat mana ummi duduk dulu. Segala memori masih segar seperti baru berlaku.
Aku bertekad sewaktu keputusan SPM keluar untuk menyambung pelajaran ke asasi UM, aku berazam untuk mengikut jejak langkah ummi dan abah belajar di UM. Aku hanya mengisi borang UPU meletakkan Asasi Fizikal PASUM sebagai pilihan. Aku tak mengisi borang matrikulasi, borang biasiswa atau sebarang borang yang lain kerana aku meletakkan harapan besar untuk ke sana. Aku mahu mengikut jejak langkah ummi dan abah. Aku tertarik dengan cerita ummi sewaktu belajar di sana.
Aku hanya kekal di sana selama setahun.
Namun sayangnya, bukan rezeki aku untuk kekal di UM. Aku mendapat peluang menyambung pelajaran di UNIMAS. aku ber 'husnu dzon' bahawa mungkin ini adalah tempat jodoh pertemuan aku sama tidak langsung (tiada emoji perempuan tangan senget muka ke atas untuk dipaparkan..)
aku berazam untuk beraya di Kuala Terengganu pada tahun hadapan supaya aku dapat mengenali rakan-rakan dan saudara mara abah dan menjalinkan silatulrahim antara satu sama lain.. Itu adalah salah satu amanah buat anak.
Doakan segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah.
Ceritanya masih panjang namun aku harus menyiapkan tugasan assignment.
mungkin di lain hari aku menyambung.jika rajin.

aminn
ReplyDeletesyukran.ameen
ReplyDelete