Semalam diskusi satu chapter. aku kena tunaikan janji untuk menaip walau mengarut belit seribu.
Bilamana aku mula hilang dorongan untuk menulis, aku hanya mampu mengingat janjiku untuk menulis dan terus menulis.
Seperti biasa, aku tertidur awal seolah masih lagi hilang arah dan tuju.
Dan sudah menjadi rutin untuk aku juga bangun di awal pagi.
Semalam ada perbincangan subjek system programming.
Subjek programming agak sukar untuk difahami dengan sendiri.
Tiada ungkapan mampu dilafaz untuk minggu hadapan
Minggu hadapan mimpi ngeri
3 mid-sem exam,
2 assignment submission,
1 FYP submission.
Pada sebelah petang, aku mengajak untuk makan dengan Shojibur.
Berbincang fasa IT di Malaysia dan diskusi mengenai permainan video.
Shojib belanja ayam golek madu (separuh ayam) dan nasi Mak Entek.
Semalam juga aku sempat untuk 'stalk' profil sahabat-sahabat.
Pada sebelah malamnya, aku dipaksa berlakon.
Jiwa kosongku memberontak, tubuh kayuku diam membisu.
Aku dipaksa oleh teman serumahku untuk berlakon videonya.
Katanya video cuma satu minit.
Benar.
Videonya satu minit,
Tapi lakonannya 1 jam!
Aku perlukan masa.
aku serik untuk memenuhi permintaannya.
Bukanlah diriku untuk berada di dunia ini dengan lakonan.
Aku ingin menjadi diriku sendiri.
Dan sudah tentu aku aku bukan pelakon yang baik.
'Shoot scene' diulang berkali-kali.
Aku buntu untuk berlakon.
dan pada sebelah malamnya pukul 11.00 malam.
Fadhly hantar mesej melalui whatsapp. katanya dia tak dapat balik kerana tak ada bas.
Menjadi tanggungjwab seorang sahabat untuk menolong sahabatnya dalam kesusahan.
Konklusinya, aku hanya belajar satu chapter semalam.
Masih punya banyak kerja.
pelakon eh?
ReplyDeleteberlakon video satu minit.lol
Delete