Tuesday, 11 October 2016

makan jangan tak habis

 Di balik kemudahan teknologi, manusia menjadi semakin kejam. Aku mendengar cerita daripada Mdm. Francissca, pensyarah subjek Academic Reading and Writing (ARW). Beliau menceritakan tentang seorang pelajar PhD di Universiti Swinburne yang mengusahakan kajiannya. Sewaktu beliau menghantar hasil kertas kerjanya kepada penyelia (supervisor) beliau.

Penyelia terkejut dan bertanya "Kenapa kamu tiru kertas kerja kawan kamu?"

Pelajar tersebut tersentak tidak percaya. Kelu lidah seketika.

Hasil kajian yang dibuat selama 3 tahun dicuri orang!

Itu adalah hasil kajian titik peluh beliau. segala usaha diletakkan atas kertas kerja tersebut.

seseorang telah mencuri hasil kerja beliau dan menghantarnya terlebih dahulu kepada penyelia dan mengakuinya sebagai hasil kerjanya.

Pelajar tersebut tiada bukti kukuh untuk membuktikan itu adalah hasil kerja beliau. Hasil perbincangan dan belas kasihan daripada penyelia, pelajar tersebut diberi masa 3 bulan untuk menyiapkan kertas kerja baru. Adakah pelajar itu berjaya menyiapkan kertas kerja PhD beliau?

Tidak. Dia membunuh diri.

Ada rakan lain yang bila mana menerima duit PTPN, dia memberikan semua duit itu kepada ibunya. Ibunya menggunakan duit PTPN untuk membayar duit sewa rumah dan balik modal perniagaan kecil beliau.

Sebak rasa hati bila mana melihat beliau hanya membataskan keperluan makan beliau. seringkali melihat sewaktu di kolej Bunga Raya beliau makan nasi berlaukkan telur goreng dan kuah. Kuahnya diasing sebab separuh lagi nasi disimpan untuk makan malam.sayangnya beliau tidak dapat meneruskan pelajaran lagi disebabkan pelbagai kekangan.

 Semoga kau berjaya di dunia akhirat wahai teman. Ini adalah antara peristiwa yang membuatkan aku rasa sayangnya pada makanan.

Terasa sedih bila melihat makanan tak dihabiskan. kawan-kawan aku siap cakap lagi, "Ni kalau makan tak abis bagi je afif, nanti dia makan".

jiwaku overly attached dengan lagu Dengan KuasaMu. Setiap pagi buka laptop dengar lagu ni (ni dah masuk hari ketiga)

dengan kuasaMu, mataku memandang dengan sepenuh cinta~

1 comment:

  1. tajuk post ni boleh jadi ayat perlian juga ni 😑

    ReplyDelete